Perlukah anda memasangnya??

Kalau jawapannya “TIDAK”, anda sebenarnya tidak peka dengan keadaan sekeliling anda dan mengambil keputusan dengan anggapan kerana produk penapis air ini mahal dan anda tidak mampu membelinya. Senang cerita anda membahayakan diri anda sendiri! 

Sebenarnya MAHAL atau MURAH sesuatu produk itu bergantung kepada NILAI TAMBAH (Value Added) yang ada pada produk itu yang ditawarkan oleh syarikat yang mengeluarkan produk tersebut. Walaupun produk yang sama tetapi KELEBIHAN itu tidak ada pada produk pesaing yang akan kami terangkan dibawah.

SEBAB UTAMA KENAPA PERLU ADA SATU PENAPIS AIR DI RUMAH

Ramai yang ambil berat tentang PEMAKANAN mereka tetapi TIDAK PRIHATIN tentang AIR yang mereka minum. Malah ada juga yang tidak ambil berat dengan kedua-duanya sekali pun. Yang ini lagi bahaya!!

Bila bab air ramai yang remehkan.. siap cakap,

“Ala aku selama ni minum air masak dalam cerek/heater tak pernah sakit pun???”

Untuk pengetahuan anda semua.. air yang tidak bertapis mengandungi logam berat yang berbahaya untuk badan. Memang airnya bersih, ia selamat untuk dibuat mandian dan basuhan baju. Namun sangat berbahaya untuk ditelan. Dan air kotor menjadi punca kepada pelbagai penyakit.

Antaranya kandungan dalam logam berat ialah:

  1. Mercury
  2. Copper
  3. Cadmium
  4. Lead
  5. Arsenic

Segala kandungan di atas tidak akan mampu dimatikan dengan cara memasak atas api. Bakteria tidak akan hilang ya tuan-tuan dan puan-puan. Mereka akan kekal di dalam air. Yang akan berubah hanyalah suhu air. Ini adalah mitos yang perlu diubah dalam masyarakat kita.

Jadi bila anda minum air yang tidak ditapis, anda akan mula sakit tekak, bibir kering, mulut rasa tak selesa. Perkara ni tidak akan selesai dengan memasang water dispenser murah. Seperti water cooler.

Contoh Water Cooler yang banyak digunakan di sekolah dan universiti

Water cooler banyak terdapat di asrama-asrama dan kawasan sekolah. Students memang ramai menyua mulut menghirup air dari situ. Termasuk saya sewaktu belajar di universiti tempatan. Memang pihak universiti ada meyediakan kemudahan itu di asrama. Berbotol-botol air saya isi. Akibatnya, bibir saya kering melampau dan mula luka di sekelilingnya.

Contoh keadaan bibir kering dan luka

Rujuk pada gambar di atas, memang begitu lah keadaan bibir saya ketika itu. Namun lebih parah. Di sekeliling tepi bibir mula luka dan mengeras. Saya sendiri tak pasti penyakit jenis apa. At that moment, saya terus berhenti consume air dari water cooler sebab saya sendiri perasan mulut saya rasa tak selesa setiap kali selepas minum.

Tahun 2017, mak saya pasang penapis air di rumah, jenama Coway. Airnya sedap dan mulut saya beransur pulih. Jangan mencebik bibir baca tulisan saya ni sambil dalam hati memaki,

”kau nak jual Coway memang lah yang elok saja kau tulis…”

Ini kisah benar yang terjadi pada saya dan saya hanya ingin berkongsi pengalaman saya. Saya menyeru pada anda semua jika ada simptom-simptom yang sama ada pada saya berlaku pada anda, saya mohon check kebersihan air di rumah anda. Kalau tiada penapis air tolong beli dan pasang satu di rumah. Tak kisah jenama apa, Coway ke Cuckoo ke Jicksoo ke.. apa saja.. ikut kemampuan anda. Saya yakin teknologi brand lain pun bagus dan sihat. Kalau bukan untuk diri sendiri, buat untuk keluarga tercinta. Tapi kalau mampu beli Coway, silakan.. tiada salahnya. Tangki Coway pun besar. hehe

Hanya dengan penapis air sahaja yang mampu menghalang kandungan berbahaya tadi dari melepak dalam air minuman. Dan inshaAllah segala penyakit berpunca dari air tidak akan menyerang anda sekeluarga.

Kerana itu sangat penting untuk anda mempunyai penapis air di rumah. Tidak kira brand apa yang menjadi minat anda, yang penting kena ada satu di rumah untuk tujuan kesihatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *